Perpisahan Yang Berulang - Zo-Ol



Dedaunan layu berguguran

Ditiup sang angin melayang resah

Tiada kemudi tiada arah nan pasti

Hilangnya seri membawa diri



Maafkanlah diriku oh sayang

Semuanya di luar perancangan

Tidak ku sangka ini kan berulang

Takdir Tuhan diluar dugaan



co



Mengapa ini terjadi dikala nan indah

Saat percintaan bertakhta di puncak

Mengapakah pengorbanan ini tidak terbalas

Hanya kerna perpisahan yang silam



Mungkinkah pengorbanan tidak terbalas

Atau mungkin kerana tiada jodoh pertemuan

Tidak ku sangka ini kan berulang

Takdir tuhan diluar dugaan



repeat co



Maafkanlah diriku oh sayang

Semuanya di luar perancangan

Tidak ku pasti semua dah terjadi

Ku redhai takdir Ilahi



Le Meilleur de toute la Musique en Paroles, Chansons et Lyrics sur www.Paroles-Lyrics.fr