Lagenda - Majid Sheila



Sejuta bintang di angkasa

Sinarnya mempesona

Sebutir bintang di taman seni

Cahayanya berseri

Biar bertahun masa beredar

Satu wajah satu nama takkan pudar



Tetap jelas di ruang mata

Setiap gerak gaya

Bergetaran merdu sinar

Di persada budaya

Hingga kini menjadi sebutan

Tetap terpahat namamu di ingatan



Chorus



Kaulah satu satunya

Di antara berjuta

Insan teristimewa



Patah tak tumbuh lagi

Hilang belum berganti

Kerana kau tersendiri



Kau kebanggaan kita

Kau budayawan bangsa

Engkau lagenda



Le Meilleur de toute la Musique en Paroles, Chansons et Lyrics sur www.Paroles-Lyrics.fr